NASI TOMATO

NASI TOMATO

Bahan-bahan

3 tin susu beras – direndam lebih kurang

15 minit

5 sudu besar susu cair

1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah – dimayang

5 ulas bawang putih – dimayang

sedikit buah pelaga, kulit kayu manis,

bunga cengkih dan bunga lawang

sedikit halia – dimayang

daun pandan

sedikit minyak sapi

Cara-cara

· Tumis minyak sapi, masukkan

bahan-bahan yang hendak ditumis

bila sudah naik bau masukkan

tomato serta susu cair kemudian

masukkan beras dan air.

· Bila nasi sudah kering masukkan

pula kismis jika anda suka.

Diterbitkan dalam:  on Disember 1, 2009 at 3:42 am Tinggalkan Komen

CLAYPOT YEE MEE

CLAYPOT YEE MEE

Bahan-bahan

Daging ayam (agak-agak aje nak

banyak mana)

1 ketul yee mee

Fish cake

fish ball

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Beberapa helai daun sawi

1 biji telur ayam (utk seorang makan)

3 sudu makan minyak bijan (minyak

bijan ni penting utk menentukan claypot

yee mee kita sedap)

1 atau 2 kiub ayam ikut suka

Cili api

Kicap cair

Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt

lobak merah, cendawan kering

(direndam dahulu sampai lembut) dan

bunga kobis.

Cara-cara

· Dalam bekas lain tumiskan bawang

putih sampai wangi. Lepas tu

masukkan ler minyak bijan, sayuran,

segala fish dan Yee mee serta telur

tadi kedalam kuali.

· Jangan lama-lama sangat agakagak

Yee mee dah lembut dan telur

dah masak.

· Kalau gunakan claypot lagi sedap

caranya sama aje cuma calypot

digantikan dgn kuali itu aje.

· Dah siap bolehlah dihidangkan

dengan cili api yang dipotong-potong

ikut suka dicampurkan dgn kicap

cair (sambal cili ni buat dalam bekas

lain tau) macam tengok kat kedai

makan tu.

Diterbitkan dalam:  on November 29, 2009 at 3:43 am Tinggalkan Komen

MEE LABU

MEE LABU

Bahan-Bahan

1/2 biji buah labu-dihiris

2 sudu udang kering

segenggam ikan bilis

1 mangkuk kecil taugeh

2 ulas bawang kecil-dihiris

1 paket kecil mee kuning

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Cara

· Panaskan minyak, goreng ikan

bilis.Ketepikan.

· Goreng hirisan bawang, apabila

sudah kekuningan, masukkan udang

kering, dan

· goreng beberapa minit.

· Masukkan hirisan buah labu,goreng

seketika, kemudian masukkan

air.Biarkan

· hingga mendidih.

· Masukkan mee kuning dan taugeh,

biarkan hingga masak, tetapi jangan

tutup

· periuk.

· Ketika menghidang, taburkan ikan

bilis diatas mee.

Diterbitkan dalam:  on November 24, 2009 at 3:52 am Komentar (2)

NASI PAPRIK (2)

NASI PAPRIK (2)

Bahan-bahan:

5 pinggan nasi putih panas

1/2 kilo isi ayam/daging

6 biji cili api, dihiris

3 ulas bawang merah, dimayang halus

2 ulas bawang putih, dimayang

1/2 btg serai dihiris

5 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

1 sudu sos tiram

3 btg kacang panjang dipotong

2 sudu bawang goreng

Garam secukup rasa

sedikit minyak masak

Cara memasak:

· Panaskan minyak dan tumis bawang

merah dan bawang putih. Bila

kekuningan, masukkan cili api.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos

tiram, serai dan sedikit air selepas

menggelegak, masukkan isi

ayam/daging.

· Masukkan garam secukup rasa

kemudian kacang panjang dan nasi

putih. Goreng selama 3 minit.

hidangkan.

Diterbitkan dalam:  on November 10, 2009 at 12:20 pm Tinggalkan Komen

KWAY TEOW MIKRO

KWAY TEOW MIKRO

Bahan-Bahan

1 paket kway teow

250g isi ayam

1 sudu besar bawang putih kisar

1 sudu besar sos tiram

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

2 batang cili dihiris

garam secukup rasa

½ sudu kecil serbuk lada putih

½ sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar kicap cair

2 sudu besar minyak

½ batang lobak merah dihiris panjang

1 batang cili merah dihiris sebagai

Hiasan

Cara Cara

· Letakkan minyak di bekas khas dan

letakkan juga bawang putih dan isi

ayam. Gaul hingga rata lalu

masukkan ke dalam ketuhar

gelombang mikro selama 6-9 minit

pada suhu sederhana panas.

· Selepas itu, masukkan kway teow,

sos tiram, kicap cair, garam, kicap

manis, lada putih dan hitam dan

lobak. Gaul lagi sehingga semuanya

rata.

· Masukkan ke dalam ketuhar

gelombang mikro selama 90-120

saat pada suhu sederhana panas

Diterbitkan dalam:  on November 3, 2009 at 3:44 am Tinggalkan Komen